Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Asas Penjilidan Bahan Perpustakaan

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

Buku elektronik ini menerangkan secara ringkas maklumat pemeliharaan, pemuliharaan dan penjilidan bahan Perpustakaan yang diuruskan di Perpustakaan Tun Dr Ismail. Usaha ini diambil atas dasar keperluan rujukan pelajar-pelajar yang sering mengikuti sesi taklimat bersama Pembantu Pemuliharaan. Peralatan, mesin, bahan dan carta alir proses setiap kerja-kerja yang terlibat diterangkan secara terperinci beserta contoh dan gambar. Di akhir bab, pembaca akan melihat lebih dekat suasana dan aktiviti yang dijalankan oleh Unit Pemuliharaan kepada pengguna.

Diharapkan buku elektronik ini dapat memberikan manfaat kepada pembaca terutamanya sebagai rujukan pantas pelajar yang ingin mengetahui lebih mendalam tentang hal ehwal pemuliharaan, pemeliharaan dan penjilidan bahan Perpustakaan.

Terima kasih diucapkan kepada pihak Perpustakaan Tun Abdul Razak, Perpustakaan Tun Seri Lanang dan Arkib Negara Malaysia atas maklumat yang dikongsikan dalam sesi bengkel yang dianjurkan. Besar harapan kami di Perpustakaan Tun Dr Ismail berkongsi maklumat dan pengalaman berkaitan kepada pengguna dan sebarang maklumbalas serta penambahbaikan terhadap isi kandungan buku elektronik ini amat dialu-alukan.

Sila klik pautan di bawah :

Asas Penjilidan Bahan Perpustakaan

Disclaimer : Untuk kegunaan dalaman sahaja

© COPYRIGHT PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK 2023.

Portal Statistics 2020
Sessions : 281,907 | Users : 140,285 | Page Views : 1,476,384
* via GA 2020