Hobi adalah perkara termudah untuk mengembalikan keseimbangan tubuh badan kita daripada menjadi lesu dan tertekan.
Di PTDI, kami sedang mengadakan pameran pelbagai jenis koleksi bahan bacaan berkaitan hobi yang sama ada yang anda minati atau hobi baru yang sedang anda cari.
Koleksi bahan bacaan ini bukan sahaja membantu anda memberikan pelbagai jenis idea malahan boleh membantu meningkatkan kreativiti hobi anda itu. Koleksi hobi yang ada ini diharap secara tidak langsung mampu dimanfaatkan untuk pelbagai jenis faedah untuk diri anda.
Jom sama-sama ke PTDI dan memeriahkan lagi Pameran Koleksi Hobi kali ini!!!