Warga UiTM adalah dijemput untuk menghadiri program Read@UiTM, iaitu IQRA'@PTDI, anjuran Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) & Perpustakaan Tun Dr. Ismail (PTDI).
Tajuk : Nasihat Luqman Kepada Anaknya
Surah : Luqman (Ayat 12-19)
Tarikh : 23 November 2023, 12.00 tengahari hingga 1.15 petang
Lokasi : Ruang Library Community Engagement, PTDI 1
Program ini melibatkan pelajar-pelajar Plus Tahfiz yang akan membaca potongan ayat-ayat Al-Quran, disusuli dengan maksud dan tafsir ayat. 5 soalan mini kuiz berkaitan ayat yang dibaca akan ditanya kepada audien daripada kalangan pelajar.
Objektif :
1) Menyemarakkan budaya membaca Al-Quran dalam kalangan pelajar dan staf UiTM Cawangan Johor
2) Menghayati dan memahami tafsir ayat-ayat Al-Quran
3) Memupuk minat menghadiri majlis ilmu dalam kalangan pelajar dan staf
4) Mengeratkan silaturrahim dan mengukuhkan ukhwah dalam kalangan pelajar dan staf
5) Membantu pencapaian Performance Indicator ke 2 : Bilangan pelaksanaan Program Read@UiTM
Tentatif :
12.00 pm : Peserta berkumpul
12.10 pm : Ucapan pembukaan oleh moderator
12.20 pm : Bacaan Al-Quran bermula
12.35 pm : Penjelasan tafsir ayat-ayat Al-Quran
12.45 pm : Mini kuiz
1.00 pm : Penyampaian saguhati
1.15 pm : Majlis bersurai
-Kehadiran staf direkodkan dalam log latihan umum.
-Saguhati Mini Kuiz disediakan berupa wang tunai kepada pelajar yang berjaya menjawab soalan.
Sekian terima kasih.