Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

IHYA' RAMADHAN 1443H/2022: PERTANDINGAN BEST RAMADHAN QUOTE

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
Bersempena dengan Ramadhan bagi tahun 1443H, beberapa aktiviti telah dirangka untuk menghidupkan lagi sinar Ramadhan Al-Mubarak pada tahun ini di UiTM Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang. Oleh yang demikian, Unit hal Ehwal Islam dengan kerjasama Perpustakaan Tun Dr. Ismail akan mengadakan Pertandingan Best Ramadhan QUOTE. Maklumat pertandingan ini seperti berikut:
 
SYARAT -SYARAT PENYERTAAN PERTANDINGAN BEST RAMADHAN QUOTE

1. Setiap penyertaan perlulah mengisi butiran maklumat yang lengkap dalam borang penyertaan yang telah disediakan

2. Terbuka kepada STAF/PENSYARAH dan ANAK-ANAK STAF/PENSYARAH

3. Ramadhan Quote  boleh diambil di Aras 2, Bangunan Pentadbiran atau Perpustakaan Tun Dr Ismail.

4. Quote yang dinukilkan boleh dalam Bahasa Melayu/ Bahasa Inggeris/ Bahasa Arab serta menyentuh jiwa serta kreativiti yang indah.

5. Penyertaan perlu dihantar semula ke Aras 2, Bangunan Pentadbiran atau Perpustakaan Tun Dr Ismail.

6. Hadiah menanti pemenang !
 
KRITERIA PEMARKAHAN PERTANDINGAN BEST RAMADHAN QUOTE

1. Penilaian dilakukan terhadap semua penyertaan yang diterima daripada peserta yang menyertai pertandingan. Hasil karya peserta akan dinilai mengikut kriteria seperti berikut:
i. Idea (isi kandungan yang menyentuh jiwa, dapat memberi kesedaran, peringatan dsb)  = 40%
ii. Kreativiti = 30%
iii. Kekemasan = 20%
iv. Memenuhi-syarat-syarat penyertaan = 10%

2. Keputusan hakim adalah muktamad.

3. Semua hasil karya yang dihantar akan menjadi hak milik pihak penganjur.
 
TARIKH TUTUP PENYERTAAN
21 APRIL 2022 | JAM: 2.00 PETANG
PENYERTAAN PERLU DIHANTAR DI HEI @ PTDI
 
© COPYRIGHT PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK 2023.

Portal Statistics 2020
Sessions : 281,907 | Users : 140,285 | Page Views : 1,476,384
* via GA 2020