Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
YBhg. Datuk / Datin Paduka / Prof / Ts / Ir / Dr / Tuan / Puan
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Sukacita dimaklumkan bahawa Perpustakaan Tun Dr. Ismail (PTDI), UiTM Cawangan Johor akan menganjurkan sesi taklimat mengikut ketetapan berikut :
Tajuk : Sesi Taklimat Pendaftaran dan Verifikasi Bahan Penerbitan di Modul Penerbitan Sistem PRIME
Peserta : Pensyarah dan Staf UiTM Cawangan Johor
Tarikh : 21 April 2022 (Khamis)
Masa : 2.00 - 4.00 petang (2 jam)
Link Webex : https://uitm.webex.com/uitm/j.php?MTID=mf90b5aae3a8d396de62a21eae2784d15
Pengisian Program :
1. Pengenalan Modul Penerbitan Sistem PRIME
2. Proses Pendaftaran dan Verifikasi Bahan Penerbitan
3. Sesi Soal Jawab
Perhatian dan kerjasama yang diberikan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.