Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Friend@PTDI

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

PTDI sentiasa berusaha mempergiatkan promosi berkaitan kemudahan & perkhidmatan Perpustakaan bagi menyokong keperluan pembelajaran dalam norma baharu secara ODL. Sehubungan itu, satu perjumpaan bersama Resident Staff, Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah diadakan pada 15 Oktober 2020.

Sesi ini telah dimulakan dengan ucapan aluan daripada Puan Hajah Nor Asiha binti Alias, Timbalan Ketua Pustakawan dan diteruskan pula dengan sedikit penerangan oleh Puan Mawar Noor, Pustakawan Kanan berkaitan tujuan FRIENDS@PTDI ditubuhkan. Penyerahan surat lantikan turut diberikan kepada setiap wakil FRIENDS@PTDI. FRIENDS@PTDI akan membantu pihak PTDI menyalurkan maklumat kepada pelajar di kolej kediaman serta rakan pelajar yang lain melalui platform media sosial kolej masing-masing berdasarkan portfolio biro. Pihak PTDI merakamkan setinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Program FRIENDS@PTDI.

 

© COPYRIGHT PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK 2023.

Portal Statistics 2020
Sessions : 281,907 | Users : 140,285 | Page Views : 1,476,384
* via GA 2020