Pada 21 - 22 September 2020, Ketua Pustakawan Ts. Noor Hidayat bin Adnan telah berkunjung ke Perpustakaan Tun Dr Ismail UiTM Cawangan Johor. PTDI UiTM Cawangan Johor amat bertuah kerana kunjungan ini merupakan kunjungan yang pertama didalam siri lawatan kerja ke Perpustakaan Cawangan. Turut serta mengiringi beliau adalah En. Ariffin bin Jamaludin, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan Jabatan Arkib Universiti.
Pihak pengurusan UiTM Cawangan Johor turut mengalu-alukan kehadiran Ts. Noor Hidayat bin Adnan dimana, Prof. Dr. Ismail bin Ahmad, Rektor UiTM Cawangan Johor dan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Negeri telah meluangkan masa berjumpa dan melihat sendiri pencapaian prestasi PTDI bagi tahun 2020.
Sesi lawatan ini merupakan salah satu program libat sama Ketua Pustakawan dengan semua staf perpustakaan. Ia bertujuan bagi memperjelaskan aspek tadbir urus dan hala tuju strategik perpustakaan 2020 - 2025 serta melihat pencapaian prestasi pembangunan dan perkhidmatan yang telah ditetapkan. Pembentangan di Kampus Segamat telah dibentangkan sendiri oleh Puan Hajah Nor Asiha binti Alias, Timbalan Ketua Pustakawan manakala di Kampus Pasir Gudang dibentangkan oleh En. Idris bin Muhammad, Pustakawan Kanan.
Semoga sesi lawatan kerja ini dapat memberi kefahaman kepada semua staf perpustakaan UiTM Cawangan Johor berkenaan halatuju strategik perpustakaan seterusnya bersama-sama berusaha untuk mencapai prestasi yang cemerlang. Setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Ketua Pustakawan kerana sudi berkunjung ke PTDI UiTM Cawangan Johor.