Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Sudut Kitar Semula PTDI

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

Sudut Kitar Semula Kumpulan KUKUP telah dihasilkan dalam menyahut pelaksanaan EKSA di UiTM Cawangan Johor dan disediakan untuk mempromosi serta mengajak warga Kampus untuk mengitar semula sisa sampah mereka. Sudut Kitar Semula telah disediakan di aras bawah Bangunan Perpustakaan Tun Dr. Ismail 1. Sudut tersebut turut mempamerkan maklumat dan panduan dalam melaksanakan kitar semula.

Kitar semula ialah proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baru. Menurut Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) kitar semula bermaksud memungut dan mengasingkan sisa pepejal bagi maksud menghasilkan keluaran. Kitar semula berlaku apabila bahan-bahan diproses dan menghasilkan produk yang sama. Kitar semula mengubah bahan-bahan yang sepatutnya menjadi sisa kepada sumber-sumber yang bernilai. Sebagai tambahan, ia menjadi sumber kepada alam sekitar, kewangan dan faedah sosial. Bahan-bahan seperti kaca, besi, plastik dan kertas di dan dikumpul, diasingkan dan dihantar ke pusat pemprosesan untuk ditukarkan kepada produk atau bahan baru.

Pada masa kini, isu alam sekitar merupakan masalah global dan universal yang perlu diberi perhatian serius terutama dalam penggunaan tong kitar semula kertas terpakai. Umumnya, masyarakat mempunyai kesedaran terhadap isu alam sekitar tetapi tahap penglibatan dan amalan penjagaan alam sekitar amatlah rendah.

MENGAPA PERLU KITAR SEMULA

Kitar semula merupakan salah satu cara terbaik untuk kita bagi mendapatkan kesan yang positif kepada dunia yang sedang didiami ini. Kitar semula adalah penting bagi kita dan alam semula jadi. Kita perlu bertindak dengan pantas kerana jumlah bahan buangan atau sisa yang di buang oleh kita sendiri semakin meningkat dari semasa ke semasa. Bahan boleh dikitar semula termasuk kebanyakkan jenis kaca, kertas, logam, plastik, tekstil dan elektronik. Bahan yang hendak dikitar semula perlulah dibawa ke tapak pengumpulan atau dikutip dari tepi jalan dan disusun, bersih dan akan diproses semula menjadi bahan baru bagi pengilangan.

© COPYRIGHT PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK 2023.

Portal Statistics 2020
Sessions : 281,907 | Users : 140,285 | Page Views : 1,476,384
* via GA 2020