Buku elektronik ini menerangkan secara ringkas maklumat dan garis panduan penyeragaman EKSA di UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat. EKSA yang diperkenalkan ini bukan bertujuan untuk menggantikan konsep 5S yang telah sedia ada diamalkan, sebaliknya menambah baik elemen 5S tersebut dengan menyokong kepada pewujudan persekitaran kerja yang kondusif.
Penjenamaan semula ini dilaksanakan bertujuan untuk membolehkan agensi kerajaan memperluas pelaksanaan di agensi-agensi Kerajaan bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif, meningkatkan imej korporat, menyemarakkan aktiviti kreativiti dan inovasi selaras dengan tuntutan pihak berkepentingan, menggalakkan aktiviti ke arah mewujudkan persekitaran hijau melalui pembudayaan Amalan Hijau.
Diharapkan buku elektronik ini dapat memberikan manfaat kepada pembaca terutamanya sebagai rujukan pantas warga UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat yang ingin mengetahui lebih mendalam mengenai EKSA terutama bagi tujuan penyeragaman EKSA di bahagian masing-masing.
Disclaimer : Untuk kegunaan dalaman sahaja