Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Kem Penulis Kanak-Kanak Peringkat Negeri Johor

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

Sukacita dimaklumkan Sekolah Kebangsaan Paya Jakas, Segamat dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Segamat, Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan, ADUN Jementah serta Perpustakaan Tun Dr. Ismail UiTM Cawangan Johor akan menganjurkan Kem Penulis Kanak-Kanak Peringkat Negeri Johor.

Penulisan kreatif merupakan suatu bidang yang semakin diminati oleh pelbagai lapisan masyarakat termasuk murid-murid sekolah. Selain memberi pendedahan tentang dunia kreatif, kem ini juga dilihat mampu membuka peluang kepada para murid untuk menterjemahkan idea dan kreativiti mereka melalui cerpen.

Begitu juga dengan aktiviti dendangan syair oleh murid-murid sekolah rendah mahupun menengah. Selain menggilap bakat, syair juga boleh dijadikan sebagai medium pendidikan kepada murid-murid melalui kaedah yang berbeza. Secara tidak langsung budaya yang diwarisi oleh nenek moyang kita dapat dilestarikan agar tidak hilang ditelan arus kemodenan.

 OBJEKTIF PROGRAM

  1. Memberikan pendedahan berkaitan penulisan kreatif terutama cerpen dan puisi syair.
  2. Memberi bimbingan secara bersemuka kepada murid-murid yang berminat menonjolkan bakat dalam bidang penulisan kreatif dengan lebih teratur, kreatif dan gramatis.
  3. Menyuburkan minat yang lebih mendalam terhadap kemahiran menulis cerpen dan penghasilan teks syair dan irama-irama syair.

Berikut adalah maklumat berkaitan program :

🔹Penglibatan :
Sekolah-sekolah Daerah Segamat, Tangkak, Muar, Batu Pahat & Kluang

🗓️ Hari :
Khamis

🗓️ Tarikh :
25 April 2024

🗓️ Masa :
8.00 Pagi - 5.00 Petang

🗓️ Tempat :
Perpustakaan Tun Dr Ismail (PTDI)
UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat

Pautan Siaran Langsung Perasmian Program (2.30 petang) :

https://www.youtube.com/watch?v=3A9r704AZp8

Semoga dengan penganjuran Kem Penulis Kanak-Kanak ini akan memberi peluang kepada peserta bagi menonjolkan bakat dalam menghasilkan penulisan yang lebih kreatif.

© COPYRIGHT PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK 2023.

Portal Statistics 2020
Sessions : 281,907 | Users : 140,285 | Page Views : 1,476,384
* via GA 2020