Sukacita dimaklumkan, Unit Hal Ehwal Islam dengan kerjasama Perpustakaan Tun Dr Ismail, UiTM Kampus Pasir Gudang, ingin menjemput YBhg. Prof / Dr / Tuan / Puan ke SEMINAR HARTA DUNIA JAMBATAN KE AKHIRAT seperti berikut:
🛎️ Tarikh : 21 Februari 2024 bersamaan 11 Syaaban 1445H
🛎️ Hari : Rabu
🛎️ Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang.
Panel Jemputan
Slot 1 : Safizah Binti Sabri
"Peguam Syarie"
Slot 2 : Wan Mohamad Helmi Bin Masran
"Pegawai Syariah"
Slot 3 : Ustaz Muhamad Alif Bin Md Yusoff
"Ahli Du'ah Faraidh Malaysia"
Objektif Seminar:
Seminar ini bertujuan untuk memberikan kefahaman kepada masyarakat berkaitan harta yang dimiliki mahupun harta yang ditinggalkan oleh pemilik iaitu hibah, wasiat dan faraidh.
Sasaran peserta yang perlu hadir ???
1. Yang mempunyai harta
2. Yang keliru menguruskan harta yang ada.
3. Yang ingin menyelamatkan insan tersayang.
Pendaftaran Mahar Ilmu
1. Bersemuka - RM20.00 (Terhad 40 orang sahaja)
Seminar Harta Dunia Jambatan Ke Akhirat
2. Atas talian - RM10.00
Link WebEx akan diberikan kepada peserta yang mendaftar.
Seminar Harta Dunia Jambatan Ke Akhirat
Kehadiran Prof / Dr / Tuan / Puan adalah amat dialu-alukan dan didahului ucapan terima kasih.
-Sijil akan disediakan.
-Rakaman akan diberikan kepada para peserta selepas program