Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Mobile Library@PTDI2U Sesi Oktober 2023

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

Sukacita dimaklumkan bahawa Perpustakaan Tun Dr. Ismail (PTDI) akan mempromosikan perkhidmatan perpustakaan kepada warga UiTM melalui program Mobile Library@PTDI2U dengan menyediakan booth serta pelbagai aktiviti menarik kepada para pengunjung.

Berikut adalah merupakan maklumat berkaitan program ini:

Read@UiTM melalui program Mobile Library @ PTDI 2U merupakan salah satu PI Perpustakaan yang perlu dilaksanakan di cawangan. Tujuan program ini diadakan adalah untuk membawa keluar perkhidmatan perpustakaan berdekatan dengan pengguna di dalam UiTM Kampus Segamat. Antara aktiviti yang akan dijalankan adalah konsultasi dan penerangan berkaitan perkhidmatan digital dan kemudahan perpustakaan sama ada yang baharu atau yang sedia ada.

Tarikh                  : 16 Oktober 2023, Isnin
Masa                    : 10.00 pagi hingga 4.00 petang
Lokasi booth       : Speaker Corner, Blok Bendahara
Sasaran Peserta : Pelajar/Staf UiTM Kampus Segamat , Cawangan Johor

Objektif:

i. Mempromosikan perkhidmatan perpustakaan.
ii. Melaksanakan instalasi Mobile Apps Perpustakaan.
iii. Mempromosi penggunaan Pangkalan Data Atas Talian (PDAT).
iv. Meningkatkan bilangan pinjaman bahan perpustakaan.
v. Mempromosikan perkhidmatan penjilidan.

Adalah diharapkan agar program ini mendapat kerjasama dan sambutan daripada pihak tuan/puan sebagai tanda sokongan kepada hasrat kami ingin mempromosikan perkhidmatan perpustakaan kepada semua warga UiTM.

 

© COPYRIGHT PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK 2023.

Portal Statistics 2020
Sessions : 281,907 | Users : 140,285 | Page Views : 1,476,384
* via GA 2020