Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Jelajah Jom Kenal Ubat 2.0

User Rating: 1 / 5

Star ActiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Jelajah Jom Kenal Ubat 2.0 merupakan program tahunan Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Jabatan Kesihatan Negeri Johor untuk menyampaikan informasi berkaitan ubat-ubatan kepada masyarakat dengan objektif

a) Memperkasakan masyarakat dengan pengetahuan dan kemahiran ubat agar pengguna mampu membuat keputusan bijak dalam penjagaan kesihatan ,

b) Menerapkan konsep pengehakupayaan (empowerment) bagi amalan pengubatan kendiri secara bertanggungjawab (responsible self medication) dalam masyarakat

c) Menyampaikan maklumat melalui 2 medium, iaitu pertama secara fizikal dalam kaedah yang lebih santai dan interaktif. Kedua secara maya supaya maklumat mudah diakses oleh orang awam.

d) Memberikan pendedahan kepada masyarakat dalam mengenal pasti ubat-ubatan yang berkualiti dan selamat.

Seluruh warga UiTM dijemput bagi menghadiri Jelajah Jom Kenal Ubat seperti ketentuan berikut :

Tarikh : 5 Oktober 2023 (Khamis)
Masa : 8.30 pagi - 2.00 petang
Tempat : Ruang Legar PTDI (LCE), Kampus Pasir Gudang

Aktiviti-aktiviti menarik menanti anda!!!📣📢
1. Booth Pameran : 🩺
- Kenali Ubat Anda
- Perubatan Tradisional dan Komplementari
- Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK)
- Pos Malaysia
- Farmasi Komuniti (Farmasi Alpro) dll

2. Ceramah ( YouTube Live - link akan diberi kemudian) 👨‍⚕️ ---Jam Latihan buat staf yang hadir
Masa : 11.30 pagi-1.30petang
Link Youtube : Jelajah Jom Kenal Ubat 2.0
Link Kehadiran : Jelajah Jom Kenal Ubat 2.0


3. Permainan Interaktif (Aras 2, PTDI)
👾
- Latihan Amali Kenali Ubat Anda
- Kahoot! Kuiz Kenali Ubat Anda

4. Saringan Kesihatan Asas 🏥

5. Duta Prihatin Masyarakat (Konsultasi dari Pegawai Farmasi)📝
Staf dikehendaki untuk menempah slot dengan mengisi Google Form di bawah :
Jelajah Jom Kenal Ubat 2.0

6. Pertandingan Video Tik-Tok 📲

Tik Tok Jelajah Jom Kenal Ubat 2.0

© COPYRIGHT PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK 2023.

Portal Statistics 2020
Sessions : 281,907 | Users : 140,285 | Page Views : 1,476,384
* via GA 2020