Pihak Perpustakaan Tun Dr. Ismail mengalu-alukan warga UiTM Kampus Pasir Gudang untuk menyerahkan harta intelek bagi tujuan pembangunan koleksi bahan.
Antara bahan harta intelek yang boleh diserahkan adalah seperti Tesis/Disertasi, Laporan Penyelidikan, Projek Pelajar, Projek Keusahawanan, Buku Penerbitan UiTM, Prosiding, Jurnal, Artikel, Seminar, Syarahan Utama, Laporan Tahunan, Buletin, Teks Ucapan/Amanat, Peta, Bahan Audia Visual dan Musical Composition.
Pihak kami memohon jasa baik agar pihak Fakulti dapat bekerjasama dalam memastikan Perpustakaan terus kekal relevan sebagai pusat perolehan, pengumpulan, penyimpanan, pemeliharaan, rujukan dan penyebaran perkhidmatan maklumat Harta Intelek UiTM bagi mengenengah dan memartabatkan Harta Intelek UiTM ke peringkat global.
Pertanyaan lanjut mengenai penyerahan bahan Harta Intelek, sila hubungi En. Idris ditalian 07-381 8642 atau Puan Siti Dzarifah ditalian 07-3818625