Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Jom Hantar Pelajar ke Kelas Kemahiran Maklumat PTDI

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

Kelas Kemahiran Maklumat bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar baru tentang kaedah menggunakan kemudahan, perkhidmatan dan koleksi perpustakaan. Matlamat utama adalah untuk membina kemahiran mengakses pelbagai bahan dan sumber maklumat secara berkesan serta membimbing pengguna supaya mampu mengguna bahan dan perkhidmatan perpustakaan dengan cekap, berkesan dan berdikari. Kelas Kemahiran Maklumat kini telah dibuka untuk tempahan bermula April ini. Kami amat berharap bantuan para pensyarah terutamanya yang mempunyai pelajar baru untuk menyertai sesi ini.

Pemohon perlu membuat tempahan terlebih dahulu bagi menggelakkan pertindihan kelas. Tarikh dan masa boleh ditentukan oleh pemohon. Walaubagaimanapun, ianya tertakluk kepada jadual Pustakawan Kanan yang bertugas. Sila berurusan dengan Pustakawan Kanan kampus masing-masing untuk tempahan.

Link Tempahan Kelas Kemahiran Maklumat : https://ekkm.uitm.edu.my/ekkmu/kkm/report00.php?r=346

© COPYRIGHT PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK 2023.

Portal Statistics 2020
Sessions : 281,907 | Users : 140,285 | Page Views : 1,476,384
* via GA 2020