Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Pengesahan Pelantikan PRJ & PTRJ

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

Setinggi Penghargaan dan Tahniah diucapkan kepada semua yang telah diberi Pengesahan Pelantikan sebagai Pegawai Rekod Jabatan (PRJ) dan Pembantu Tadbir Rekod Jabatan (PTRJ) oleh Arkib Negara Malaysia Negeri Johor. Semoga dengan pengesahan Pelantikan ini akan meningkatkan prestasi dan kecemerlangan tuan/puan dalam melaksanakan. Berikut adalah antara peranan dan tanggungjawab PRJ dan PTRJ.

Pegawai Rekod Jabatan (PRJ)

  • Memastikan program dan aktiviti pengurusan rekod diikuti oleh semua staf di jabatan.
  • Memantau penjagaan dan penyimpanan setiap rekod di Jabatan supaya selamat dan terpelihara mengikut piawaian yang ditetapkan.
  • Memastikan aktiviti pelupusan rekod tidak aktif dilaksanakan mengikut undang- undang dan peraturan.

Pembantu Tadbir Rekod Jabatan (PTRJ)

  • Bertanggungjawab dalam kitaran hayat rekod iaitu dari pewujudan, penggunaan dan pemeliharaan sehingga pelupusan rekod.
  • Menguruskan pengurusan rekod dan fail jabatan yang aktif dan separuh aktif.
  • Memastikan kabinet, kulit fail, kertas minit dan kad keluar fail mengikut prosedur yang ditetapkan.
  • Memastikan rekod-rekod dipelihara dengan baik iaitu menjaga keselamatan rekod.

 

© COPYRIGHT PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK 2023.

Portal Statistics 2020
Sessions : 281,907 | Users : 140,285 | Page Views : 1,476,384
* via GA 2020