Berdasarkan 6 fokus PTAR 2021, iaitu menyemarakkan semangat #PTARPrihatin, PTDI turut menyokong usaha tersebut dengan menganjurkan Program #PTDIPrihatin dengan pengagihan sumbangan barangan keperluan makanan berserta sumbangan duit raya kepada Pelajar Pendidikan Khas Sekolah Kebangsaan LKTP Medoi bersempena bulan Ramadhan ini. Program ini melibatkan kutipan sumbangan daripada staf PTDI Kampus Segamat dan PTDI Kampus Pasir Gudang.
- Menyokong salah satu fokus PTAR bagi tahun 2021 iaitu #PTARPrihatin seterusnya diperingkat PTDI UiTM Cawangan Johor fokus ini diselaraskan kepada #PTDIPrihatin.
- Menunjukkan keperihatinan kepada golongan yang kurang bernasib baik seperti pelajar pendidikan khas.
- Melatih diri staf untuk bersedekah dan berkongsi rezeki di bulan Ramadhan.
- Mengaplikasikan amalan hidup yang baik dalam kehidupan seharian.
- Memupuk rasa persaudaraan dan kerjasama dalam kalangan staf Perpustakaan Tun Dr Ismail di Kampus Segamat dan Pasir Gudang.
Program ini telah berjaya dilaksanakan pada 29 April 2021 (Khamis). Sumbangan telah disampaikan oleh Puan Mawar Noor binti Abdullah, Timbalan Ketua Pustakawan. Selain daripada 7 orang Pelajar Pendidikan Khas, turut menerima sumbangan adalah 3 orang pelajar asnaf Sekolah tersebut.
Pihak jawatankuasa program merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua pihak diatas sumbangan kewangan dan tenaga dalam menjayakan program ini. Pihak jawatankuasa bersyukur kerana progam ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan sempurna dengan izin Allah SWT untuk mencapai segala objektif yang telah digariskan. Semoga usaha murni akan mendapat limpahan rahmat dan barakah daripada Allah dan seterusnya merapatkan hubungan diantara staf di PTDI Segamat dan Pasir Gudang.