Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Majlis Jasamu Dikenang "Setulus Budi Kenangan Abadi"

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

Pada 29 Disember 2020, Majlis Jasamu Dikenang telah diadakan sebagai tanda ingatan kepada Puan Hajah Nor Asiha binti Alias, Timbalan Ketua Pustakawan Perpustakaan Tun Dr Ismail UiTM Cawangan Johor. Beliau telahpun mula cuti bersara mulai 30 Disember 2020 dan akan bersara wajib pada 11 Februari 2021.

Majlis turut dihadiri Ahli Jawatankuasa Eksekutif Negeri dan ucapan penghargaan telah disampaikan oleh Dr. Ahmad Razi bin Ramli, Timbalan Rektor Akademik. Kepimpinan Puan Hajah Nor Asiha amat disegani dan disenangi oleh seluruh staf PTDI dan kehilangan beliau amat dirasai. Beliau juga dikenali sebagai seorang yang tegas dan amat prihatin dengan kebajikan staf.

Warga PTDI merakamkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diatas segala jasa, tenaga, dan bakti yang dicurahkan sepanjang berkhidmat di Perpustakaan khususnya dan UiTM Cawangan Johor amnya. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala  jasa dan pengorbanan yang diberikan. 

    Berdayung sampan ke Tanah Semenanjung

        Hendak membeli tikarlah rotan

    Budi dikenang bakti disanjung

        Kekal subur dalam ingatan

© COPYRIGHT PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK 2023.

Portal Statistics 2020
Sessions : 281,907 | Users : 140,285 | Page Views : 1,476,384
* via GA 2020