Majlis Perpisahan Puan Mastiah binti Haji Ibrahim
Tanggal 16 Jun 2020, menjadi ingatan buat semua warga Perpustakaan Tun Dr. Ismail UiTM Cawangan Johor, apabila seorang lagi staf perpustakaan akan bersara pilihan. Satu majlis Sekalung Budi Sejambak Kasih telah diadakan sebagai tanda menghargai segala jasa dan sumbangan Puan Mastiah binti Haji Ibrahim, Pembantu Pustakawan yang akan mula bersara pada 1 Ogos 2020 dan beliau telahpun mula bercuti pada 17 Julai 2020. Beliau telah mula bertugas di UiTM sejak tahun 1984 sebagai Jurutaip dan berikut adalah sejarah perkhidmatan Puan Mastiah sepanjang bertugas di UiTM:
1984 – Unit Pentadbiran
1986 – Unit Sukan
1990 – Unit Hal Ehwal Pelajar (HEP)
1997 – Bahagian Perpustakaan
2005 – Bahagian Hal Ehwal Kademik (HEA)
2008 hingga 1 Ogos 2020 – Perpustakaan Tun Dr. Ismail
Majlis turut dihadiri Yang Berbahagia Profesor Dr. Ismail Ahmad, Rektor UiTM Cawangan Johor, dan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Negeri yang lain. Warga PTDI merakamkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diatas segala jasa, tenaga, dan bakti yang dicurahkan sepanjang berkhidmat di Perpustakaan khususnya dan UiTM Cawangan Johor amnya. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala jasa dan pengorbanan yang diberikan.