Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Pendekatan PTDI Melalui Aktiviti Scavenger Hunt

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Tarikh         : 29 Januari 2020 | Rabu

Tempat       : Dewan Sri Peria, UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat

Satu sesi taklimat perpustakaan kepada pelajar interim telah diadakan di Dewan Sri Peria dengan kehadiran seramai 142 orang pelajar. Bagi memastikan taklimat ini lebih berkesan, aktiviti scavenger hunt dilaksanakan dengan pelbagai pengisian berkaitan perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan.

Para pelajar telah diberi tugasan dimana mereka perlu berkunjung ke PTDI 1 dan PTDI 2, dengan mengenalpasti perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan. Mereka turut diberi panduan bagi menggunakan Chat With Librarian agar sebarang pertanyaan berkaitan perpustakaan dan perkhidmatan rujukan digalakkan menggunakan saluran Chat With Librarian.

Bagi aktiviti Scavenger Hunt mereka dikehendaki untuk mendapatkan apa jua maklumat yang berkaitan seperti artikel daripada majalah, jurnal, projek pelajar dan menulis ringkasan buku yang telah dipinjam. Melalui aktiviti seperti ini, kita dapat memberi pendedahan awal kepada pelajar, sekaligus dapat memudahkan mereka untuk mencari serta menggunakan bahan rujukan dan perkhidmatan yang terdapat di PTDI.

Bukan itu sahaja, mereka juga perlu mengakses Facebook PTDI UITM JOHOR bagi memuatnaik gambar aktiviti, nama serta kod program. Melalui platfom ini, pihak PTDI dapat berkomunikasi secara atas talian dan secara langsung para pelajar boleh mendapatkan informasi yang terkini. Diharap melalui page tersebut dapat mendekatkan pelajar dengan pihak PTDI.

Diharapkan dengan sesi ini akan memberi manfaat kepada mahasiswa dan mahasiswi dalam meneruskan sesi pengajian di UiTM. Pihak perpustakaan mengucapkan tahniah kepada semua pelajar kerana telah terpilih menyambung pengajian di Universiti Awam, UiTM. Terima kasih dan tahniah kepada semua staf PTDI yang membantu menyalurkan maklumat.

© COPYRIGHT PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK 2023.

Portal Statistics 2020
Sessions : 281,907 | Users : 140,285 | Page Views : 1,476,384
* via GA 2020