Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π“π€π™πŠπˆπ‘π€π‡ π’π„πŒππ€ππ† π’π€ππ“π€πˆ ππ„π‘π’π€πŒπ€ π€πŠπ€πƒπ„πŒπˆ ππ„ππ†π€π‰πˆπ€π πˆπ’π‹π€πŒ πŠπŽππ“π„πŒππŽπ‘π€π‘πˆ (π€π‚πˆπ’) 𝐃𝐀𝐍 ππ„π‘ππ”π’π“π€πŠπ€π€π 𝐓𝐔𝐍 𝐃𝐑. πˆπ’πŒπ€πˆπ‹

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

Pada 2 Oktober 2024, bertempat di Ruang Santai, Perpustakaan Tun Dr. Ismail (PTDI) 1, UiTM Kampus Segamat, telah berlangsung program Tazkirah Sembang Santai dengan kerjasama Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS). Program ini berlangsung dari jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi dengan penyertaan para kakitangan PTDI serta pelajar latihan industri.

Program tazkirah ini disampaikan oleh Dr. Syazwani Abd. Rahim dari ACIS, yang telah berjaya menyampaikan tazkirah yang penuh makna dan pengajaran. Antara topik utama yang dibincangkan ialah kecintaan kepada Nabi Muhammad SAW, di mana Dr. Syazwani menekankan pentingnya umat Islam mencontohi akhlak dan sunnah baginda dalam kehidupan seharian.

Selain itu, sesi kuiz ringkas mengenai Maulidur Rasul turut diadakan untuk menguji kefahaman dan ilmu para peserta mengenai sejarah serta keistimewaan Rasulullah SAW. Kuiz ini mendapat sambutan baik dengan suasana yang santai namun penuh berinformasi.

Program ini diakhiri dengan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Dr. Syazwani atas penyampaian tazkirah yang memberi manfaat kepada semua yang hadir. Kehadiran beliau telah menambahkan kesedaran dan kecintaan para peserta terhadap junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Semoga program seperti ini dapat terus diadakan pada masa akan datang untuk memperkukuhkan lagi nilai-nilai keislaman dalam kalangan warga UiTM serta masyarakat setempat.

Β© COPYRIGHT PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK 2023.

Portal Statistics 2020
Sessions : 281,907 | Users : 140,285 | Page Views : 1,476,384
* via GA 2020