Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Sesi Taklimat Penggunaan Sistem Office Automation (OA)

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Arkib Cawangan, Perpustakaan Tun Dr Ismail, UiTM Cawangan Johor dengan kerjasama Bahagian Infostruktur, UiTM Cawangan Johor akan menganjurkan Sesi Taklimat Penggunaan Sistem Office Automation (OA) secara bersemuka seperti ketetapan berikut :

 SLOT 1   22 Mac 2022 (10.00 pagi) | Selasa
 SLOT 2   22 Mac 2022 (2.30 petang) | Selasa
 SLOT 3   6 April 2022 (10.00 pagi) | Rabu

 

Pautan Pemilihan SLOT : https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdsp4h4TRrUHZpgg8UACScwLJ4xtjGjGJGMSxxj6cRlkqDVlQ/viewform?usp=sf_link

Lokasi Slot 1 & 2  : Makmal Komputer CLL2, Bangunan Sri Laksamana

Lokasi Slot 3         : Makmal Komputer, Perpustakaan Tun Dr. Ismail 2

Penceramah          : Puan Mimi Hasliah binti Mohd Shahari | Pegawai Teknologi Maklumat Kanan

Fasilitator              : Puan Norzahira binti Mohd Razali | Penolong Pegawai Teknologi Maklumat

Tuan/puan adalah dijemput (senarai nama telah diemel) untuk turut serta bagi sesi taklimat tersebut agar sistem OA digunapakai sepenuhnya disetiap Bahagian/ Unit di UiTM Cawangan Johor. Sehubungan itu pihak kami memohon tindakan segera oleh tuan/puan untuk :

  1. Memilih SALAH SATU SLOT SAHAJA seperti ketetapan di atas.
  2. Membuat dan membawa minima 5 SALINAN SOFTCOPY bagi SURAT MASUK & SURAT KELUAR di Jabatan tuan/puan.

Kapasiti setiap slot hanya 25 orang sahaja. Tuan/puan digalakkan untuk memilih slot yang sama, bersama PTJ masing-masing. Kerjasama semua didahului dengan ucapan terima kasih.

© COPYRIGHT PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK 2023.

Portal Statistics 2020
Sessions : 281,907 | Users : 140,285 | Page Views : 1,476,384
* via GA 2020