Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Events Calendar

Pameran Seni Warisan Melayu
From Tuesday, January 11, 2022 -  8:30AM
To Monday, January 31, 2022 - 4:30PM
Hits : 200
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Sukacita dimaklumkan Perpustakaan Tun Dr Ismail, UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat sedang menganjurkan Pameran Seni Warisan Melayu di PTDI 1. Pameran ini bertujuan untuk :

1. Mempamerkan bahan/ koleksi sejarah lisan. Sejarah lisan ini merupakan hasil koleksi daripada pelajar Fakulti Pengurusan Maklumat.

2. Memberi maklumat kepada pengunjung perpustakaan tentang seni warisan melayu.

3. Menghayati dan menghargai nilai sejarah agar tidak dilupakan oleh masyarakat pada masa kini. 

Selain mempamerkan koleksi sejarah lisan, pihak Perpustakaan turut mempamerkan alat muzik warisan melayu seperti Kuda kepang, Gendang Ibu, Gendang Anak, Gong, Kenong dan Saron.

Tayangan video berkaitan seni warisan melayu turut ditayangkan sebagai nilai tambah bagi melengkapkan pameran ini. Koleksi buku yang berkaitan juga disediakan kepada pengunjung agar nilai warisan melayu ini dapat didalami dengan lebih mendalam.

Disamping mengadakan pameran, Kuiz Secara Maya turut diadakan kepada pengunjung dan terdapat 10 hadiah menarik untuk dimenangi. Jom warga UiTM Cawangan Johor untuk sama-sama sertai kuiz ini. Untuk pautan kuiz tersebut, KLIK DISINI atau scan QR CODE yang terdapat di poster. Moga pameran ini memberi manfaat kepada semua.

© COPYRIGHT PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK 2023.

Portal Statistics 2020
Sessions : 281,907 | Users : 140,285 | Page Views : 1,476,384
* via GA 2020