Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Events Calendar

Kursus Pengurusan Fail dan Rekod
Wednesday, February 28, 2024, 8:30AM - 4:30PM
Hits : 46
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Kursus Pengurusan Fail dan Rekod anjuran bersama Perpustakaan Tun Dr. Ismail dan Bahagian Pentadbiran ini bertujuan memantapkan pemahaman dan kemahiran Pegawai Rekod Jabatan (PRJ) dan Pembantu Tadbir Rekod Jabatan (PTRJ) yang dilantik di UiTM Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang. Kursus akan berlangsung pada ketetapan berikut :

Tarikh : 28 Februari 2024 (Rabu)
Masa : 8.30 pagi - 4.30 petang
Tempat : Bilik Seminar, PTDI Kampus Pasir Gudang

Para peserta akan didedahkan dengan prinsip, konsep, perundangan, kaedah dan keperluan-keperluan dalam pengurusan fail dan rekod selaras dengan Dasar Pengurusan Rekod Universiti Teknologi Mara.

 

OBJEKTIF PROGRAM

1. Memberi kefahaman tentang keperluan pengendalian rekod sepertimana yang diperuntukkan di dalam Akta Arkib Negara 2003 [Akta 629].
2. Memberi kefahaman dalam tugas-tugas mengendalikan fail dan rekod.
3. Memahami skop dan peruntukan perundangan lain yang berkaitan dengan pengurusan fail dan rekod.
4. Melaksanakan urusan sistem fail dengan sistematik mengikut piawaian dan prosedur pengurusan rekod yang ditetapkan oleh Arkib Negara Malaysia.
5. Mengaplikasi proses pengurusan rekod mengikut panduan yang dikeluarkan oleh Arkib Negara Malaysia.

© COPYRIGHT PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK 2023.

Portal Statistics 2020
Sessions : 281,907 | Users : 140,285 | Page Views : 1,476,384
* via GA 2020