Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Sesi Konsultasi, Khidmat Nasihat Pengurusan Rekod dan Penyerahan Rekod Penting Universiti

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

Unit Arkib UiTM Cawangan Johor yang diketuai oleh Puan Siti Rozana binti Mat Sanat, Pustakawan Kanan telah melaksanakan semakan rekod di Bahagian Pentadbiran UiTM Cawangan Johor. Bahagian Pentadbiran berhasrat untuk membuat permohonan pelupusan rekod meliputi nota-nota serta laporan berkaitan latihan.
 
Semasa proses semakan rekod didapati terdapat rekod penting universiti seperti Buku Konvokesyen, pamplet berkaitan UiTM Cawangan Johor, Direktori UiTM dan lain-lain. PTJ dinasihatkan untuk membuat penyerahan rekod penting universiti kepada Unit Arkib Cawangan Johor.
 
Diharap dengan sesi ini memberi pencerahan kepada PTJ sebelum pelaksanaan pelupusan. Turut serta semasa sesi tersebut adalah 4 pelajar latihan industri Saudara Muhamad Syafiq, Saudari Nur Afiqah, Saudari NurNabilah Fasihah dan Saudari Siti Nurhidayah.

Sesi konsultasi telah berlangsung seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 26 September 2022 (Isnin)
Tempat : Bahagian Pentadbiran, UiTM Cawangan Johor

 

© COPYRIGHT PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK 2023.

Portal Statistics 2020
Sessions : 281,907 | Users : 140,285 | Page Views : 1,476,384
* via GA 2020