- Johor
- News
- Hits: 505
Program Biblioterapi dan Literasi Kanak-Kanak
Perpustakaan Tun Dr. Ismail akan menganjurkan "Program Biblioterapi dan Literasi Kanak-Kanak". Program ini merupakan satu aktiviti yang dirancang khusus untuk anak-anak staf UiTM Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang mengisi masa lapang semasa cuti sekolah. Program ini akan berlangsung pada ketetapan berikut:
🗓️ Tarikh: 31 Disember 2023
🔖 Hari: Ahad
⏰ Masa: 8:30 pagi hingga 12:00 tengah hari
📍Tempat: Perpustakaan Tun Dr. Ismail, Kampus Pasir Gudang
🍽️ Sarapan pagi akan disediakan
📌Syarat Penyertaan:
Program ini terbuka kepada anak-anak staf UiTM Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang yang berusia bawah 12 tahun, terhad kepada 15 peserta terawal serta berpakaian sukan
Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan seperti:
✨ Terapi Bermain: Senamrobik
✨ Terapi Bercerita: Jom Baca Bersama
✨ Terapi Seni: Mewarna
✨ Terapi Biblio: Cerita Kegemaran saya
👉 Pautan borang pendaftaran di ---> Program Biblioterapi dan Literasi Kanak-Kanak
Maklumat lanjut, sila hubungi:
📞Cik Nur Anisah Zainal 012-7847849
📞Encik Idris Muhammad 019-7785544