Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Program Khidmat Masyarakat : Kolej Vokasional Tanjung Puteri

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

Selaras dengan PI12 PTAR : Bilangan Program Khidmat Masyarakat PUiTM, pihak Perpustakaan Tun Dr. Ismail, UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat dengan kerjasama PTDI Kampus Pasir Gudang telah melaksanakan satu program khidmat masyarakat di Pusat Sumber, Kolej Vokasional Tanjung Puteri pada 9 Mei 2023 hingga 11 Mei 2023.

Program ini membantu Guru Perpustakaan Media (GPM) untuk melengkapkan maklumat bahan ke dalam sistem perpustakaan SLIB. Selain itu, pihak PTDI juga turut membimbing GPM dalam kerja-kerja pemprosesan teknikal bahan seperti cop hak milik, teknik penampalan nombor panggilan dan Qr Kod mengikut standard yang betul.

Diharapkan program ini dapat mewujudkan satu budaya kerja pengurusan Pusat Sumber yang lebih bersistematik selaras dengan pelaksanaan gelombang ketiga (2021-2025) Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Moga bengkel ini juga dapat meningkatkan pemahaman dan kompetensi GPM demi meningkatkan pencapaian yang lebih baik.

 

 

 

© COPYRIGHT PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK 2023.

Portal Statistics 2020
Sessions : 281,907 | Users : 140,285 | Page Views : 1,476,384
* via GA 2020