Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

IQRA'@PTDI Kisah Ashabul Kahfi

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

Warga UiTM adalah dijemput untuk menghadiri program Read@UiTM, iaitu IQRA'@PTDI, anjuran Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) & PTDI

Tajuk   : Kisah Ashabul Kahfi
Surah   : Al-Kahfi (13 - 20)
Tarikh  : 11 Mei 2023, 12.00 tengahari hingga 1.15 petang
Lokasi  : Ruang Library Community Engagement, PTDI 1
 
Program ini melibatkan pelajar-pelajar Plus Tahfiz yang akan membaca potongan ayat-ayat Al-Quran, disusuli dengan maksud dan tafsir ayat. 5 soalan mini kuiz berkaitan ayat yang dibaca akan ditanya kepada audien daripada kalangan pelajar. 
 
Objektif :
1) Menyemarakkan budaya membaca Al-Quran dalam kalangan pelajar dan staf UiTM Cawangan Johor
2) Menghayati dan memahami tafsir ayat-ayat Al-Quran 
3) Memupuk minat menghadiri majlis ilmu dalam kalangan pelajar dan staf 
4) Mengeratkan silaturrahim dan mengukuhkan ukhwah dalam kalangan pelajar dan staf
5) Membantu pencapaian Performance Indicator ke 2 : Bilangan pelaksanaan Program Read@UiTM. 
 
Tentatif :
12.00 pm  : Peserta berkumpul 
12.10 pm  : Ucapan pembukaan oleh moderator
12.20 pm  : Bacaan Al-Quran bermula
12.35 pm  : Penjelasan tafsir ayat-ayat Al-Quran
12.45 pm  : Mini kuiz
1.00 pm   : Penyampaian saguhati
1.15 pm   : Majlis bersurai 
 
-Kehadiran staf direkodkan dalam log latihan umum.
-Saguhati Mini Kuiz disediakan berupa wang tunai kepada pelajar yang berjaya menjawab soalan.
 
Sekian terima kasih
© COPYRIGHT PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK 2023.

Portal Statistics 2020
Sessions : 281,907 | Users : 140,285 | Page Views : 1,476,384
* via GA 2020