Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Bengkel Pemantapan Guru Perpustakaan Media (GPM) Daerah Pasir Gudang

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

Sukacita dimaklumkan, pihak Perpustakaan Tun Dr. Ismail, UiTM Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang sedang melaksanakan satu program khidmat masyarakat khusus buat semua Guru Perpustakaan Media (GPM) di daerah Pasir Gudang.

Program berlangsung seperti ketetapan berikut :

Tarikh   : 21-22 September 2022 (Rabu dan Khamis)

Masa    : 8.30 pagi hingga 5.00 petang

Tempat : Dewan Kuliah, UiTM Kampus Pasir Gudang

Objektif program adalah untuk :

  1. Mewujudkan kerjasama strategik antara PPD Pasir Gudang dan Perpustakaan Tun Dr Ismail , UiTM Kampus Pasir Gudang.
  2. Membugar dan memperkasa Guru Perpustakaan dan Media dengan aktiviti-aktiviti yang boleh mengetengahkan kepemimpinan dalam pentadbiran di daerah Pasir Gudang.
  3. Meningkatkan kecekapan pengurusan perpustakaan sekolah khususnya dalam pengurusan bahan rujukan dan perkhidmatan perpustakaan.

Bengkel ini diharapkan dapat membantu GPM mewujudkan satu budaya kerja pengurusan pusat sumber yang lebih bersistematik selaras dengan pelaksanaan gelombang ketiga (2021-2025) Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Moga bengkel ini juga dapat meningkatkan pemahaman dan kompetensi GPM demi meningkatkan pencapaian yang lebih baik.

Nota Bengkel Pemantapan Guru Perpustakaan Media (GPM) Daerah Pasir Gudang boleh dicapai melalui pautan berikut :

Slot 1 : Pengurusan dan PentadbiranPSS

           Pn Norazila binti Sehman | Sekolah Kebangsaan Kota Masai 3 

Slot 2 : NILAM dan Program Galakan Membaca

           Pn Nurly binti Mas’od | Sekolah Kebangsaan Taman Nusa Damai

Slot 3 : Kemenjadian Pengawasan Pusat Sumber Sekolah Yang Cemerlang

           Pn Nik Mastura binti Nik Ismail | Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Molek

Slot 4 : Kewangan dan Instrumen APSS

           Pn Afzam binti Abdullah | Penolong Pegawai PPD | Unit Sumber dan Teknologi Pendidikan

Slot 5 : Panduan Pengkatalogan - Monograf (RDA)

           En Ahmad Akmal bin Mohd Idris | Pustakawan Kanan | UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat

© COPYRIGHT PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK 2023.

Portal Statistics 2020
Sessions : 281,907 | Users : 140,285 | Page Views : 1,476,384
* via GA 2020