Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

2018 (Smart Edutainment)

  • Naib Johan di Mini Konvensyen KIK UiTM Cawangan Johor 2018
  • Johan Mini Konvensyen KIK UiTM Peringkat Zon Selatan, UiTM Cawangan Johor
    • (Anugerah Dokumentasi Terbaik)
    • (Anugerah Pembentang Lelaki Terbaik : En. Mohd Azmi bin Samsuri)
    • (Penarafan EMAS)

 2016 (Flexible Book Rack)

  • Anugerah Emas di Konvensyen KIK Peringkat UiTM 2016
  • Johan Konvensyen KIK Peringkat Zon Selatan, UiTM Melaka
    • (Anugerah Teknikal Terbaik)
    • (Anugerah Persembahan Terbaik)

2015 (Mini Mobile Book Drop)

  • Anugerah Perak di Konvensyen KIK Peringkat UiTM 2015
  • Naib Johan Konvensyen KIK Peringkat Zon Selatan
    • (Anugerah Teknikal Terbaik)
  • Naib Johan Mini Konvensyen KIK Peringkat Kampus UiTM Cawangan Johor
    • (Anugerah Dokumentasi Terbaik)

2014 (New Dimension Book Stand)

  • Anugerah Perak di IID UiTM Johor 2015
  • KIK Peringkat Perkhidmatan Awam SUK Johor Kali Ke-28 (2015)
    • (Di Dewan Persada Johor Bahru)
  • Anugerah Emas di KIK Team Excellence MPC Wilayah Pantai Timur (2015)
  • Anugerah Emas di Konvensyen KIK Peringkat Universiti Awam Kali Ke-11 (2015)
    • (Di Universiti Sains Islam Malaysia)
  • Johan Keseluruhandi Konvensyen KIK UiTM SeMalaysia Ke-19
    • (Anugerah Emas, Anugerah Teknikal Dan Fasilitator Terbaik Pn Norme Binti Hj Saleh)
  • Johan Konvensyen KIK UiTM Wilayah Selatan
    • (Anugerah Emas, Anugerah Teknikal Dan Fasilitator Terbaik)
  • Johan Mini Konvensyen KIK  Uitm Johor
    • (Anugerah Dikumentasi Terbaik Dan Teknikal)

2013 (Trolly Book Care)

  • Anugerah Emas & Pembentang Wanita Terbaik Konvensyen KIK UiTM SeMalaysia Ke-18
  • Johan Mini Konvensyen KIK UiTM Johor
  • Johan Konvensyen KIK Zon Selatan
  • International Invention Innovation & Design (Pingat Perak)
  • Invention Innovation & Design Exposition (Pingat Gangsa)

2012 (Flexi Wall Computer Rack)

  • Johan Mini Konvensyen KIK UiTM Johor
  • Johan Konvensyen KIK UiTM Wilayah Selatan
  • Anugerah Emas & Anugerah Dokumentasi Terbaik Konvensyen KIK UiTM SeMalaysia Ke-17
  • Anugerah Kategori Invention (Gangsa) - IID 2013 UiTM Johor

2011 (Transfomer Trolly)

  • Johan & Anugerah Inovasi Teknikal - Mini Konvesyen KIK UiTM Johor
  • Anugerah Emas - Konvensyen KIK UiTM SeMalaysia
  • Anugerah Kategori Invention (Perak) - IID 2012 UiTM Johor

 2010 (Security Tool Book Holder)

  • KIK Peringkat UiTM Johor 2010 : Layak ke Peringkat Zon Selatan
  • KIK Peringkat UiTM Zon Selatan 2010 : Tempat ke-3 dan Anugerah Inovasi Teknikal
  • IID 2010 Peringkat UiTM Johor 2010 : Anugerah Kategori Invention (Emas) dan Anugerah Best Booth
  • IIDSE Peringkat UiTM 2010 : Anugerah Kategori Staf Invention (Perak)
  • Mini Konvensyen ICC MPC 2011 : Anugerah Emas & Layak ke Konvensyen ICC MPC Peringkat Wilayah Selatan

2009 (10 Years Liminated Slip)

  • Naib Johan Konvensyen KIK UiTM Johor
  • Anugerah Penjimatan Kos Terbaik Konvensyen KIK UiTM Johor

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

Amalan Persekitaran Berkualiti (QE-5S) & Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)

Tahukah anda?

Amalan Persekitaran Berkualiti (QE-5S) adalah satu konsep yang mementingkan persekitaran kerja yang bersih, kemas dan produktif. Amalan ini juga adalah satu konsep yang mewujudkan persekitaran kerja yang berkualiti secara sistematik dan praktikal; menerusi lima kombinasi perkataan yang terdiri daripada perkataan SISIH, SUSUN, SAPU, SERAGAM dan SENTIASA AMAL. Amalan ini antara lain dapat memastikan perkhidmatan berkualiti yang ditawarkan kepada pelanggan di UiTM Johor sentiasa berterusan. PTDI juga telah diiktiraf sebagai perpustakaan akademik pertama yang menerima Persijilan  Amalan Persekitaran Berkualiti (5S) oleh Pihak Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) pada tahun 2009.

Pencapaian terkini PTDI dalam Amalan Persekitaran Berkualiti (QE-5S) :

  • PTDI telah dianugerahkan EMAS dalam  pertandingan Konvensyen Persekitaran Berkualiti (5S) Peringkat Kebangsaan pada 14-17 Oktober 2012.
  • PTDI telah dianugerahkan 3 bintang dalam  pertandingan Konvensyen Persekitaran Berkualiti (5S) Peringkat Wilayah Selatan pada 17-18 Julai 2012.
  • PTDI telah menerima Sijil Penghargaan Program Transformasi Perkhidmatan Awam Negeri Johor yang telah dianugerahkan kepada UiTM Johor kerana telah melaksanakan dan mencapai piawaian Pensijilan Amalan Persekitaran Berkualiti sempena Seminar Transformasi Perkhidmatan Awam Negeri Johor pada 18 Disember 2011 dan 31 Januari 2013 oleh Setiausaha Kerajaan Johor.

Penjenamaan Semula 5S 

EKSA merupakan penjenamaan semula Amalan 5S yang telah diguna pakai dalam sektor awam sejak tahun 2010. Komponen utama dalam pelaksanaan EKSA masih berteraskan Amalan 5S yang ditambah baik disamping penambahan beberapa elemen baharu. EKSA bukan bertujuan untuk menggantikan konsep 5S yang diamalkan sebelum ini, sebaliknya menambah baik elemen 5S tersebut dengan menyokong kepada pewujudan persekitaran kerja yang lebih kondusif. Amalan 5S ditambah baik dengan menambah lima elemen baharu, iaitu:

  • Imej Korporat;
  • Kreativiti dan Inovasi;
  • Amalan Hijau
  • Persekitaran Kondusif; dan
  • Kepelbagaian Agensi

Dasar EKSA UiTM Cawangan Johor

Persekitaran kondusif dapat membentuk budaya kerja yang berkualiti, kreatif, inovatif, selesa dan selamat serta meningkatkan imej korporat UiTM Cawangan Johor sebagai organisasi yang cemerlang demi memenuhi kehendak dan kepuasan hati pelanggan.

Objektif EKSA

  • Meningkatkan kecekapan dan produktiviti;
  • Menyemarakkan aktiviti kreativiti dan inovasi
  • Meningkatkan imej korporat; dan
  • Mewujudkan pembudayaan amalan hijau

Info lanjut berkaitan EKSA

 

Hasil Lawatan Penanda aras ke IKBN Pagoh

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

KAMPUS SEGAMAT

Perpustakaan telah memulakan perkhidmatannya di Bukit Siput pada tahun 1983 dan kemudian  telah berpindah ke Segamat Baru pada tahun 1984. Pada tahun 1990 pula telah berpindah di KM12, Jalan Muar – Segamat.  Pada pertengahan bulan Mei 1998 pula telah memulakan operasinya di bangunan sendiri dan pada 04 Mei 2005 Perpustakaan UiTM Johor dengan rasminya telah dinamakan ”Perpustakaan Tun Dr. Ismail”. Nama ini telah diambil sempena nama Timbalan Perdana Menteri yang ke 2 iaitu Allahyarham Tun Dr. Ismail bin Abdul Rahman. Encik Taufiq bin Tun Dr. Ismail (Anak lelaki Tun Dr. Ismail) telah memberi kebenaran untuk penggunaan nama tersebut.

PTDI kini mempunyai seramai 22 orang staf yang diketuai oleh seorang Timbalan Ketua Pustakawan (S48), Puan Nor Asiha binti Alias dan tiga orang Pustakawan Kanan (S44) iaitu Pn. Mawar Noor binti Abdullah, Pn. Siti Rozana binti Mat Sanat  dan En. Ahmad Akmal bin Mohd Idris.

Perpustakaan Tun Dr. Ismail (PTDI) merupakan perpustakaan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Johor yang merupakan tempat rujukan bagi semua warga kampus secara amnya. Pelbagai kemudahan dan perkhidmatan disediakan di perpustakaan ini bagi bertujuan untuk melahirkan graduan yang berilmu dan berdaya saing serta kakitangan yang berpengalaman luas dan dapat memberikan inovasi dalam membina insan untuk pembangunan negara. PTDI sentiasa berusaha untuk menyediakan perkhidmatan terbaik bagi semua pengguna dengan menerima segala cadangan dan kritikan yang diajukan.

PTDI 2 mempunyai bangunan dua tingkat di mana keluasan tingkat bawah ialah seluas 22,400 kaki persegi  dan tingkat atas seluas 16,000 kaki persegi. Jumlah pengguna  yang boleh memasuki PTDI pada satu satu masa ialah seramai 600 orang.

Seiring dengan perkembangan UiTM, pada tahun 2012, PTDI telah menerima satu bangunan baru yang kini dikenali sebagai PTDI 1. PTDI 1 boleh menempatkan kira-kira 500 orang pada satu-satu masa. Bangunan lama PTDI masih dikekalkan dan dikenali sebagai PTDI 2.

KAMPUS PASIR GUDANG

Perpustakaan Tun Dr Ismail, Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang pula telah memulakan perkhidmatan nya di Kampus Johor Bahru pada 2 Julai 2007 dan kemudian telah berpindah ke Pasir Gudang pada 4 Mei 2014 tetapi telah mula beroperasi sepenuhnya pada 1 Jun 2014.

Bangunan Perpustakaan ini terletak bersebelahan dengan Dewan Kuliah dan Bangunan Fakulti Pengurusan Perniagaan.  Perpustakaan ini mempunyai seramai 9 orang staf diketuai oleh Ketua Perpustakaan (Pustakawan Kanan), seorang Pustakawan Kanan dan 7 orang Pembantu Pustakawan.

Pelbagai kemudahan disediakan untuk pengguna perpustakaan seperti Bilik Belajar 24 Jam, Makmal Komputer, Bilik Seminar, Bilik Audio Visual, Bilik Perbincangan, Ruang Bacaan Santai dan Terbuka. Jumlah pengguna yang boleh memasuki PTDI pada satu satu masa ialah seramai 850 orang.